1. Pengenalan Berdasarkan Situasi Sebenar Kerja Elektrik Dalam dunia sebenar kerja elektrik, khususnya di tapak industri, sistem kawalan motor forward reverse bukan benda asing. Bayangkan anda sedang membuat pemasangan panel untuk sistem conveyor di kilang sawit, atau panel hoist di bengkel fabrikasi besi. Operator perlu gerakkan motor ke hadapan (forward) dan ke belakang (reverse)…
1 Definisi Kontaktor Kontaktor ialah suis elektromagnet yang digunakan untuk mengawal litar kuasa tinggi menggunakan arus kawalan yang rendah. Ia direka untuk operasi ON dan OFF yang kerap, khususnya dalam sistem kawalan motor, panel industri dan automasi. Secara ringkas: Kontaktor = Suis automatik untuk beban elektrik besar. 2 Prinsip Operasi Kontaktor Kontaktor berfungsi menggunakan konsep…
1.0 LITAR SIRI 1.1 Mengenalpasti Litar Siri Litar siri ialah litar elektrik yang mempunyai cuma satu laluan arus di antara dua punca, jadi arus yang melalui setiap perintang adalah sama. Berikut merupakan perintang-perintangan yang disambung secara siri. Manakala, gambarajah berikut menunjukkan laluan arus di dalam litar siri elektrik. Di mana kita dapati cuma ada satu…
PENGENALAN Semua kuasa arus ulang-alik dijanakan oleh penjana tiga fasa atau janakuasa dan diagihkan melalui sistem tiga fasa. Sistem berbilang fasa adalah gabungan lebih daripada satu litar fasa tunggal yang disambungkan pada sumber tiga fasa melalui cara tiga ataupun empat pengalir. KELEBIHAN SISTEM BERBILANG FASA Antara sebab-sebab mengapa sistem berbilang fasa diperlukan adalah kerana :…
PEJANAAN A.U Takrif bagi Arus Ulangalik. Arus yang mengalir ke arah positif pada pertengahan litar pertama dan akan berubah ke arah negatif pada pertengahan litar kedua. Dalam rajah 1 & 2, pada pertengahan pertama pusingan, arus mengalir dari B ke A dan keluar melalui X ke Y, kemudian masuk semula melalui D ke C. Pada…
1.0 VOLTAN Daya tarikan wujud di antara cas positif dan cas negative. Sejumlah tenaga diperlukan untuk melakukan kerja dan menggerakkan cas. Perbezaan pada tenaga keupayaan per unit cas dikenali sebagai bezaupaya ataupun voltan. Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam litar elektrik yang akan menghasilkan arus elektrik. Voltan disimbolkan dengan V dan diukur dengan unit volt…
1.0 STRUKTUR ATOM. Semua jirim / bahan adalah terhasil daripada atom. Manakala, atom adalah terhasil daripada elektron, proton dan neutron. Atom didefinasikan sebagai unsur terkecil di dalam sesuatu bahan / element yang menentukan ciri-ciri / sifat-sifat sesuatu bahan. Terdapat sebanyak 109 element dikenalpasti dan disusun didalam jadual berkala / periodic table. Nucleus terdiri daripada unsur bercas positif…
Tindak Balas Geseran. Ini merupakan kaedah tertua untuk menghasilkan tenaga elektrik. Kaedah ini dikenal sebagai kesan triboelektrik. Daya gerak elektrik akan terhasil apabila sesuatu bahan digosokkan, misalnya batang kaca digosok pada bulu binatang. Kesan gosokan ini menyebabkan cas positif berkumpul pada bulu binatang dan cas negatif pada gelas. Walaupun penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kaedah ini…
Tindak Balas Haba Tenaga elektrik boleh dihasilkan pada hujung dwilogam apabila kedua-dua dawai logam itu dipintal dan seterusnya dipanaskan. Kedua-dua logam itu hendaklah berlainan jenis, misalnya kuprum dan zink. Elektron akan mengalir dari pangkalan negatif (zink) ke litar luar dan seterusnya ke pangkalan positif (kuprum). Kaedah penghasilan sedemikian dikenal sebagai pengganding suhu. Contoh penggunaan kaedah ini…
Cara tekanan. Setengah-setengah bahan akan mengeluarkan cas elektrik yang kecil apabila dikenakan tekanan misalnya hablur kuartza yang dihimpit oleh dua logam. Kaedah pengeluaran voltan ini dikenali sebagai piezoelektrik. Walaupun voltannya kecil tetapi dapat digunakan untuk beberapa peralatan misalnya mikrofon, kepala pemain piring hitam, dan peranti pengesan tekanan.