1.0 LITAR SIRI 1.1 Mengenalpasti Litar Siri Litar siri ialah litar elektrik yang mempunyai cuma satu laluan arus di antara dua punca, jadi arus yang melalui setiap perintang adalah sama. Berikut merupakan perintang-perintangan yang disambung secara siri. Manakala, gambarajah berikut menunjukkan laluan arus di dalam litar siri elektrik. Di mana kita dapati cuma ada satu…
PENGENALAN Semua kuasa arus ulang-alik dijanakan oleh penjana tiga fasa atau janakuasa dan diagihkan melalui sistem tiga fasa. Sistem berbilang fasa adalah gabungan lebih daripada satu litar fasa tunggal yang disambungkan pada sumber tiga fasa melalui cara tiga ataupun empat pengalir. KELEBIHAN SISTEM BERBILANG FASA Antara sebab-sebab mengapa sistem berbilang fasa diperlukan adalah kerana :…
PEJANAAN A.U Takrif bagi Arus Ulangalik. Arus yang mengalir ke arah positif pada pertengahan litar pertama dan akan berubah ke arah negatif pada pertengahan litar kedua. Dalam rajah 1 & 2, pada pertengahan pertama pusingan, arus mengalir dari B ke A dan keluar melalui X ke Y, kemudian masuk semula melalui D ke C. Pada…
1.0 VOLTAN Daya tarikan wujud di antara cas positif dan cas negative. Sejumlah tenaga diperlukan untuk melakukan kerja dan menggerakkan cas. Perbezaan pada tenaga keupayaan per unit cas dikenali sebagai bezaupaya ataupun voltan. Voltan ialah daya yang menggerakkan elektron di dalam litar elektrik yang akan menghasilkan arus elektrik. Voltan disimbolkan dengan V dan diukur dengan unit volt…
1.0 STRUKTUR ATOM. Semua jirim / bahan adalah terhasil daripada atom. Manakala, atom adalah terhasil daripada elektron, proton dan neutron. Atom didefinasikan sebagai unsur terkecil di dalam sesuatu bahan / element yang menentukan ciri-ciri / sifat-sifat sesuatu bahan. Terdapat sebanyak 109 element dikenalpasti dan disusun didalam jadual berkala / periodic table. Nucleus terdiri daripada unsur bercas positif…
Tindak Balas Geseran. Ini merupakan kaedah tertua untuk menghasilkan tenaga elektrik. Kaedah ini dikenal sebagai kesan triboelektrik. Daya gerak elektrik akan terhasil apabila sesuatu bahan digosokkan, misalnya batang kaca digosok pada bulu binatang. Kesan gosokan ini menyebabkan cas positif berkumpul pada bulu binatang dan cas negatif pada gelas. Walaupun penghasilan tenaga elektrik dengan menggunakan kaedah ini…
Tindak Balas Haba Tenaga elektrik boleh dihasilkan pada hujung dwilogam apabila kedua-dua dawai logam itu dipintal dan seterusnya dipanaskan. Kedua-dua logam itu hendaklah berlainan jenis, misalnya kuprum dan zink. Elektron akan mengalir dari pangkalan negatif (zink) ke litar luar dan seterusnya ke pangkalan positif (kuprum). Kaedah penghasilan sedemikian dikenal sebagai pengganding suhu. Contoh penggunaan kaedah ini…
Cara tekanan. Setengah-setengah bahan akan mengeluarkan cas elektrik yang kecil apabila dikenakan tekanan misalnya hablur kuartza yang dihimpit oleh dua logam. Kaedah pengeluaran voltan ini dikenali sebagai piezoelektrik. Walaupun voltannya kecil tetapi dapat digunakan untuk beberapa peralatan misalnya mikrofon, kepala pemain piring hitam, dan peranti pengesan tekanan.
Tindak Balas Cahaya. Apabila bahan yang peka kepada cahaya seperti lithium, selenium, diapit oleh dua elektrod dan dikenakan cahaya, salah satu daripada elektrod itu akan bertindak terhadap elektrod yang satu lagi dan menyebabkan elektrod itu bercas. Seterusnya tenaga elektrik akan terhasil dari kedua-dua elektrod tersebut. Sel foto ialah contoh penghasilan tenaga elektrik yang menggunakan kaedah ini.…
Tindak Balas Kimia. Pengeluaran tenaga elektrik dengan menggunakan kaedah ini dikenali sebagai elektrokimia. Contohnya sel voltan ringkas menggunakan satu elektrod kuprum dan satu elektrod zink. Kedua-dua elektrod ini akan direndam ke dalam bekas yang mengandungi larutan asid sulfurik. Tindak balas kimia akan berlaku di antara elektrod dan larutan ini menyebabkan elektron mengalir dari zink (kekutuban negatif)…